KUALA LUMPUR- Lebih 400 pelajar mendaftar dalam pengambilan baharu Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi tujuh program pengajian peringkat diploma hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif dan Rektor KPBKL, Prof. Datuk Dr. Noor Inayah Yaakub berkata, pada hari ini pihaknya menganggarkan lebih 100 pelajar baharu akan mendaftar masuk. “Pendaftaran pada hari ini (semalam) adalah bagi pelajar jurusan Diploma statistik gunaan, Diploma teknologi maklumat(keusahawanan), Diploma Pengurusan Industri Halal, Diploma Syariah Islamiah, Diploma…