KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Koya memaklumkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai ahli PKR semalam. Jelasnya, beliau berbuat demikian setelah diberitahu berkenaan pelantikannya untuk mengetuai SPRM. Latheefa berkata demikian menerusi akaun Twitter beliau dengan merujuk sebuah artikel daripada portal berita tempatan mengenai konflik kedudukannya sebagai ahli politik untuk mengetuai SPRM. “Terima kasih atas nasihat. Tetapi saya telah menghantar surat peletakan jawatan serta-merta sebagai ahli biasa PKR semalam, sejurus dimaklumkan mengenai pelantikan saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya menerusi akaun media…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya