Larangan kenderaan berat memasuki lebuh raya PLUS hari ini, esok - Utusan Malaysia

Larangan kenderaan berat memasuki lebuh raya PLUS hari ini, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan telah melarang semua kenderaan berat memasuki semua lebuh raya bermula hari ini dan esok.

Sambil mengesahkan perkara itu, Ketua Pegawai Operasi Plus Malaysia Berhad (PLUS), Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya berharap larangan itu akan dapat membantu mengurangkan kesesakan terutamanya di laluan-laluan mendaki.

Katanya, pergerakan trafik dari utara ke Kuala Lumpur perlahan di Seberang Perai, Taiping ke Changkat Jering serta di kawasan mendaki dari Terowong Menora ke Ipoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pergerakan juga perlahan di laluan mendaki di Gua Tempurung, Tapah ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Sg. Buaya. Di sebelah Selatan pula, trafik menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan di Sedenak, Senai dan Simpang Renggam ke Ayer Hitam.

“Trafik juga bergerak perlahan di laluan mendaki antara Pedas Linggi dan Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zakaria menasihatkan semua pemandu supaya mendapatkan rehat yang cukup dengan berhenti berehat setiap dua jam di kawasan rehat yang disediakan di sepanjang lebuh raya.

“Surau serta tandas awam juga turut disediakan di plaza tol untuk pelanggan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati ketika pulang ke ibu negara memandangkan kadar kematian yang dicatatkan oleh penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan adalah amat membimbangkan berbanding kenderaan lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini