KOTA BHARU – Seorang balu anak tiga yang baru kematian suami dua hari lalu menarik nafas lega kerana mendapat perhatian segera pihak Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) negeri ini. Norlizma Ramli, 37, berkata, dia tidak sangka urusan tuntutan pencen penakat suaminya selesai dengan begitu cepat sekali gus dapat mengurangkan bebannya yang kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai ini berkata, dia telah dihubungi pihak Perkeso pada…










