Kurangkan kenyataan, beri ruang polis siasat - Anwar - Utusan Malaysia

Kurangkan kenyataan, beri ruang polis siasat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai memberi ruang kepada polis untuk menyiasat kes rakaman video seks sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Selain itu, beliau juga meminta masyarakat memberi ruang kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

“Nasihat saya adalah kita harus kurangkan kenyataan, beri ruang kepada siasatan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beri ketenangan kepada Azmin. Saya tidak setuju dengan banyak sangat kata-kata yang buat tuduhan berhubung isu ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini petang ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Industri Utama yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Video aksi seks sejenis yang didakwa Mohamed Azmin mula disebarkan secara terancang pada Isnin lalu dan sebaik Timbalan Presiden PKR tersebut menafikan penglibatannya namun video siri kedua yang jauh lebih jelas pula disebarkan kelmarin.

Penyebaran itu dipercayai ada kaitan dengan persaingan politik dalaman PKR dan ramai pemerhati politik percaya ia adalah konspirasi tertinggi pucuk pimpinan parti berkenaan walaupun Anwar menafikannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini