MOSCOW 24 Jun – Seekor kucing yang kudung empat kaki akibat radang dingin atau frostbite mendapat kehidupan baharu selepas mampu berjalan semula dengan empat kaki palsu berikutan beberapa siri pembedahan yang dijalaninya. Lapor RT News, penggunaan kaki palsu oleh kucing bernama Redhead dari Novosibirsk, Siberia itu menjadikannya sebagai haiwan pertama yang berjalan menggunakan empat kaki palsu. Pakar Veterinar, Dr. Sergei Gorshkov berkata, selain kakinya, telinga Redhead turut diserang radang dingin. Ekoran itu, doktor terpaksa memotong kesemua kaki kucing tersebut bagi mengelak serangan radang tersebut merebak ke bahagian lain Redhead. Kata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya