MELAKA 27 Jun – Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KTNB) mengumumkan dividen atas saham sebanyak 10 peratus kepada 23,054 ahli-ahlinya selepas koperasi itu mencapai keuntungan perniagaan yang menggalakkan tahun lalu. RAJA HANG TUAH RAJA ISKANDAR Pengerusi KTNB, Raja Hang Tuah Raja Iskandar berkata, bagi keuntungan ke atas yuran enam peratus, dividen diberikan. “Perolehan yang meningkat dari tahun ke tahun adalah hasil perniagaan dalam bidang insurans takaful, hotel dan hartanah. Kita umumkan…










