DUNGUN – Kementerian Pembangunan Luar Bandar melakukan penambahan 300 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), hasil penggunaan kaedah Teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS). Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, penjimatan itu membolehkan kementeriannya membina 1,834 buah rumah tambahan berbanding sasaran sebelum ini iaitu 1,534 buah rumah baharu. Menurutnya, pembinaan secara IBS itu mempu menjimatkan sehingga 18 peratus peruntukan yang disasarkan tanpa menjejaskan kualiti dan saiz rumah terbabit. “Kita…










