Klopp nak borong pemain - Utusan Malaysia

Klopp nak borong pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bos Liverpool, Jurgen Klopp memberi bayangan kepada majikannya agar berbelanja untuk membeli pemain pada musim panas ini.

Reds memenangi Liga Juara-Juara selain menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai naib juara, namun Klopp fikir skuadnya itu perlu membuat pelaburan agar kekal relevan untuk memberikan saingan.

“Liverpool sebuah kelab yang bercita-cita besar dan jika kami tidak berbelanja seperti kelab lain, kami tidak akan mampu bersaing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua kelab sedang ‘mencampakkan’ duit mereka, jadi kita juga perlu melakukan perkara yang sama,” kata Klopp.

Liverpool sedang mencari penyerang bagi menggantikan Daniel Sturridge selepas kontraknya tamat pada musim panas ini.

Seramai 12 pemain berada dalam radar Reds termasuk bekas penyerang Chelsea, Bertrand Traore, pemain sayap Bournemouth, Ryan Fraser dan penyerang Jerman, Timo Werner.

Liverpool turut dikaitkan bakal membawa masuk pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt dan bek kiri Real Betis, Junior Firpo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini