REMBAU – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menunggu keputusan Pesuruhjaya Sukan (PJS) mengenai tarikh baharu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Ke-22 dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk sukan atlet kurang upaya itu. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau masih berminat bertanding jawatan Presiden MPM sekiranya PJS memutuskan dirinya masih boleh bersaing untuk jawatan itu kelak. “Saya akan ikut peraturan. Kalau dibuka semula (pencalonan),…










