IPOH – Perseorangan wanita negara, S. Kisona mahu melakar kemenangan hatrik dalam Kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia 2019 yang berlangsung di Arena Badminton Perak di sini, bermula hari ini. Kisona, 21, berkata, biarpun dia baru sembuh selepas dibelenggu kecederaan pergelangan kaki kiri sejak hujung tahun lalu, namun yakin mampu mengekalkan momentum dan meraih kemenangan pada kejohanan tersebut. “Sebenarnya agak susah, kerana saya akan bertemu ramai pemain berpengalaman dan lebih mencabar, tetapi…










