YAN – Berselindung di sebalik kilang plastik, sebuah gudang haram di Guar Chempedak, di sini diserbu penguat kuasa selepas disyaki terlibat dalam kegiatan menjual semula baja subsidi yang diperoleh daripada petani dalam Op Tabur yang dilakukan, hari ini. Modus operandinya adalah dengan membeli baja kimia tersebut yang berkapasiti 25 kilogram (kg) pada harga antara RM10 ke RM15 sekampit sebelum membungkus semula dalam kampit seberat 50kg untuk dijual pada harga lebih…










