KOTA BHARU – Kesemua 15 mayat Orang Asli suku kaum Bateq akan ditanam dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam di Kuala Koh, Gua Musang. Ketua Pegawai Agama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Murtadha Abdullah berkata, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati kesemua yang maut adalah beragama Islam. “Hasil mesyuarat Majlis Tindakan Bencana Negara tadi di Gua Musang memaklumkan jenazah kini berada di peringkat akhir…










