Kesemua 48 rakyat Malaysia di Sudan selamat - Utusan Malaysia

Kesemua 48 rakyat Malaysia di Sudan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kesemua 48 rakyat Malaysia di Sudan dilaporkan selamat susulan perkembangan politik dan keselamatan terkini di negara itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Malaysia di Khartoum telah berhubung rapat dengan semua warga Malaysia yang berdaftar termasuk 26 pelajar di Sudan dan memantau dengan teliti situasi.

“Semua rakyat Malaysia yang masih berada di Sudan, terutama yang berada di negara itu bagi urusan tidak perlu digalakkan untuk mempertimbangkan bagi meninggalkan negara tersebut secara komersial secepat yang mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat Sudan dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan lebih stabil,” kata Wisma Putra.

Pihak Kedutaan di Sudan juga mengalu-alukan persetujuan yang dicapai baru-baru ini antara Majlis Tentera Peralihan (TMC) dan Alliance of Freedom and Changes Forces (AFCF) untuk menyambung semula rundingan mengenai pembentukan majlis kedaulatan bersama yang akan menerajui peralihan politik di negara itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini