IPOH – Penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy tidak sepatutnya dikutuk ekoran kealpaannya melepaskan gol ketika Perak kalah 1-3 kepada Pahang dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu lalu. Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ramai yang mengatakan Hafizul Hakim melakukan kesilapan sehingga menyebabkan pertahanan import Pahang, Herold Goulon menjaringkan gol menarik pada jarak…










