Keputusan ujian sampel air Kuala Koh dua hari lagi - Utusan Malaysia

Keputusan ujian sampel air Kuala Koh dua hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU  – Keputusan ujian sampel air dari Kuala Koh, Gua Musang khususnya kawasan penempatan penduduk Orang Asli suku kaum Batek di situ akan keluar seawalnya dua hari lagi.

HAMZAH MOHAMAD

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Hamzah Mohamad berkata, pihaknya turut mengambil sampel air lombong bijih mangan yang terletak kira-kira dua kilometer dari perkampungan penduduk tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mula mengambil sampel tandak air yang digunakan Orang Asli dan juga takungan lombong bijih sejak 9 Jun setiap hari untuk diuji.

“Setakat ini pihak Jabatan Kimia masih bertungkus lumus menjalankan kerja dan saya berunding dengan mereka supaya dapat mengeluarkan keputusan secepat mungkin,”katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Menurut Hamzah, segala data dan keputusan yang diperoleh akan diserahkan kepada Ketua Pengarah JAS untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Hamzah memberitahu, tiada aktiviti pembalakan dibenarkan di kawasan tersebut memandangkan ia berdekatan dengan Taman Negara.

“Dua bulan lalu, kita juga sudah buat pemantauan secara visual kawasan ini sebagai rutin berkala untuk mengesan sebarang pencemaran,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini