TELUK INTAN – Sebuah kereta rosak teruk selepas terbabas sendiri dan melanggar penghadang besi jalan di Kilometer 157.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu merupakan kemalangan pertama yang berlaku selepas Jajaran Seksyen 8 lebuh raya berkenaan mula dibuka kepada umum pada pukul 6 petang kelmarin. Bagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa mahupun kecederaan kepada pemandu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kemalangan itu berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki, sedang dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya