BALING – Keluarga kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia selepas didakwa bermain dengan bapa saudaranya yang menghidap sindrom Down di Kampung Bandar di sini semalam masih terkejut dengan kejadian menimpa mangsa. Mangsa, Muhammad Azfar Qayyum Md. Said ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapa tirinya kira-kira pukul 1 petang semalam. Kanak-kanak terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Baling pada pukul 2.20 petang semalam sebelum doktor mengesahkan mangsa…