Kedai perkakasan musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kedai perkakasan musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai perkakasan musnah akibat kebakaran di Jalan Bukit Belacan, Ampang, dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada pukul 4.47 petang sebelum tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.58 petang.

“Sebanyak 12 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan Pandan dikerah ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.02 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, 80 peratus kedai tersebut musnah terbakar dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini