Kanak-kanak 9 tahun lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 9 tahun lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Seorang kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di tali air Panggol Mukmin dekat Kampung Takir luar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.33 petang itu, kanak-kanak terbabit, Muhammad Alif Zakwan, 9, ditemukan lemas di tali air tersebut oleh orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ibu mangsa, Wan Azlina Wan Kamaruzzaman, 38, berkata, anaknya sudah kerap kali bermain di tali air itu setiap kali pulang ke kampung.

“Ketika kejadian, saya keluar untuk membeli barang di bandar Machang dan salah seorang sepupu mereka menghubungi saya memaklumkan kejadian itu.

“Arwah keluar bersama kakaknya Noralia Natasya,15, serta dua sepupu untuk mandi di kawasan itu. Saya difahamkan, arwah secara tiba-tiba terjatuh dan dibawa air yang deras ketika bermain tepi tali air.

“Kami tidak sempat untuk pulang ke Petaling Jaya malam ini, setelah bercuti sejak seminggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima pangilan kecemasan pada pukul 2.33 petang dan bergegas ketempat kejadian sejurus menerima laporan.

“Operasi melibatkan 6 anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian, keluarga mangsa memaklumkan mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan telah dihantar ke hospital Machang.

“Pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, ” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Ganti Jimmy ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini