Kanada enggan ambil semula sampah yang diletakkan di Malaysia - Utusan Malaysia

Kanada enggan ambil semula sampah yang diletakkan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO 14 Jun – Kanada tidak mempunyai perancangan untuk mengambil semula sisa buangan plastiknya yang kini ‘disimpan’ di Malaysia.

Channel News Asia melaporkan, kerajaan Malaysia sebelum ini menyatakan untuk memulangkan semula kira-kira 3,000 tan sisa buangan bahan plastik ke 14 negara termasuk Kanada, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Perancis, Australia dan Britain.

Menerusi satu email yang dihantar kepada Reuters, jurucakap Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada, Gabrielle Lamontage berkata, Ottawa setakat ini tidak mempunyai perancangan untuk mengambil semula sampah sarap berkenaan dari Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, Kanada tidak menerima sebarang maklumat mengenai penghantaran sisa buangan dari negara ini ke Malaysia dan kementerian sudah menghubungi Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini