JSPT Kuala Lumpur keluar 338 saman di lokasi - Utusan Malaysia

JSPT Kuala Lumpur keluar 338 saman di lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 338 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut, Jalan Bangsar dan Jalan Pahang, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam Op Motosikal yang turut dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu, sebanyak lebih 750 motosikal diperiksa dan enam lelaki ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk menunggang motosikal curi dan positif dadah.

Pegawai Turus (Penguatkuasaan) JSPT Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Mohd. Safiee Ishak berkata, operasi tersebut dibuat khusus untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya di ibu kota dalam kalangan pengguna kereta dan motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki menunggang motosikal curi.

“Dalam operasi ini kita turut menyita dua motosikal disyaki diubahsuai dan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, dekat sini.

Tambahnya, empat daripada lima penunggang motosikal ditahan selepas didapati positif dadah manakala seorang lagi disyaki menunggang di bawah pengaruh alkohol.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini