JPJWPKL keluarkan 310 notis hari pertama operasi - Utusan Malaysia

JPJWPKL keluarkan 310 notis hari pertama operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 310 notis dikeluarkan terhadap 125 penguna motosikal dalam Operasi Khas Motosikal sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) Siri 1/2019 di Plaza Tol Batu 9, Cheras sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd. Zawawi berkata, antara dua kesalahan utama yang dikesan dilakukan pada operasi kali ini adalah tidak mempunyai lesen motosikal serta cukai jalan tamat tempoh.

“Operasi pada hari ini turut dibantu Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kekuatan keseluruhan anggota termasuk dari JPJ sebanyak 53 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika dibandingkan dengan tahun lepas, dalam operasi yang sama kita merekodkan peningkatan pengeluaran notis sebanyak 26 kes,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi berkenaan tamat.

Dalam operasi yang sama, sebanyak 12 warga asing turut ditahan yang mana dua daripada didapati memiliki passport palsu manakala tiga individu turut ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja dan methamphetamine. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×