GUA MUSANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri meneruskan talian WhatsApp khas untuk orang ramai melaporkan kesalahan pemandu di jalan raya. Pengarahnya, Mahasan Mustapa berkata, langkah itu dilakukan selepas maklum balas positif daripada pengguna ketika memperkenalkan talian tersebut pada musim Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Katanya, perkara itu membuktikan setiap pengguna jalan raya mengambil perhatian serius terhadap peraturan serta undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa. “Kita melihat sambutan amat baik dan…










