ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri kini berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan semakan semula kadar cukai tanah sebagaimana terkandung di dalam Seksyen 101 Kanun Tanah Negara. Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, semakan semula dan Pindaan Cukai Tanah itu bertujuan bagi merangsang pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri di samping boleh meningkatkan hasil kerajaan negeri. “Apa yang pasti, kerajaan negeri akan memastikan semakan semula dan pindaan cukai tanah itu…










