Jesus, Aguero tidak akan tinggalkan City - Utusan Malaysia

Jesus, Aguero tidak akan tinggalkan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Manchester City tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan dua penyerang sensasinya, Gabriel Jesus dan Sergio Aguero.

Jesus menegaskan tiada peluang untuknya dan Aguero meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebelum sepak mula musim depan.

Pemain Brazil itu kini, sedang mengharungi kempen Copa America 2019 bersama Brazil, hanya berpeluang beraksi dalam lapan perlawanan liga musim ini kerana Pep Guardiola lebih berminat menggunakan Aguero menerajui jentera serangan berbanding Jesus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi itu mencetuskan spekulasi baru bulan lalu apabila City dilaporkan sedia melepaskan Jesus menjelang musim baru dalam usaha mengumpul dana untuk membawa masuk pemain lain.

Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu melihat masa depannya masih di Stadium Etihad sambil menegaskan dia menghormati status Aguero di kelab itu.

“Dia adalah legenda di kelab ini dia pencetak gol terbanyak kelab. Jelas sekali sebagai pemain, saya sentiasa mahu beraksi tetapi saya gembira dapat membantu selain saya menghormati Sergio.

“Saya fikir ia keluar daripada konteks persoalan apabila mengaitkan Aguero akan angkat kaki, begitu juga dengan saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini