KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap 42 buah motosikal dalam operasi secara bersepadu di Jalan Bangsar di sini, semalam.
JAS dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan itu diambil terhadap pemilik motosikal yang mempunyai bunyi bising dan melepaskan asap berlebihan.
“Tindakan penguatkuasaan ini perlu diambil bagi memastikan penunggang motosikal di negara ini mematuhi peraturan alam sekitar di negara ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi bersepadu itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.











