PASIR GUDANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sudah mengeluarkan 37 kompaun termasuk tiga notis arahan dan tiga perintah tahan operasi terhadap 38 premis industri yang didapati melanggar kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, tindakan itu merupakan langkah penguatkuasaan bagi memastikan semua kilang mematuhi peraturan ditetapkan. “Sebanyak 27 kompaun dikeluarkan dibawah kesalahan buangan berjadual manakala 10 yang…










