JAKARTA 3 Jun – Kira-kira setengah dari Jakarta terdiri daripada daerah kumuh atau setinggan, menurut kenyataan pemerintah. “Ini adalah fakta mengenai setinggan di Jakarta. Kami bersama Bank Dunia mengenal pasti bahawa 118 daripada 267 sub daerah di Jakarta mempunyai kawasan setinggan,” jelas Pengarah Konsolidasi Tanah, Kementerian Perumahan dan Perancangan Tanah, Doni Janarto Widiantono seperti dilaporkan Jakarta Post. Menurutnya, walaupun Jakarta memiliki banyak bangunan pencakar langit, pengagihan kegunaan tanah di bandar…










