Isu 3 gajah mati, MB enggan komen - Utusan Malaysia

Isu 3 gajah mati, MB enggan komen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mengunci mulut apabila pihak media mengajukan soalan mengenai tindakan pihak tidak bertanggunngjawab meracuni tiga ekor gajah di Kluang hingga mati yang didakwa penduduk ‘terpaksa’ bertindak demikian.

“Itu saya tidak mahu komen,” ujarnya apabila ditanya mengenai kes itu yang mati dipercayai dilakukan penduduk setempat yang bosan dan berputus asa apabila tiada tindakan dilakukan jabatan berkenaan selepas haiwan tersebut merosakkan tanaman mereka.

Menurut Dr. Sahruddin lagi: “Saya perlu periksa dan siasat balik serta bincang dengan Exco negeri yang berkaitan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai kes ini.”

Beliau ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka ADUN Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh di Taman Bukit Dahlia di sini malam tadi.

Antara yang turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat dan ADUN Larkin, Ir. Mohd. Izhar Ahmad.

Pada 4 Jun lalu pihak Perhilitan Kluang mengesahkan tiga ekor gajah betina yang ditemukan mati di sebatang jalan di Kampung Sri Timur 3 itu adalah akibat diracun dan kini sedang mengesan dua ekor lagi yang dipercayai masih berada dalam kawasan tersebut.

Tiga ekor gajah betina tersebut sebelum ini ditemukan mati atas jalan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan menjadi tular dalam media sosial ekoran bangkainya bergelimpangan di kawasan kampung berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×