Israel lancar roket ke Semenanjung Gaza - Utusan Malaysia

Israel lancar roket ke Semenanjung Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA 14 Jun – Jet pejuang tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara terhadap Semenanjung Gaza awal pagi ini iaitu beberapa jam selepas Palestin didakwa melancarkan roket ke arah sebuah sekolah di selatan Israel.

Portal berita Times of Israel melaporkan, serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Zionis itu menyasarkan beberapa sasaran termasuk pusat kemudahan dan pangkalan pergerakan Hamas.

Satu video yang dikongsi menerusi Twitter turut menunjukkan tentera Israel melancarkan serangan terhadap sejumlah sasaran yang tidak dapat dikenal pasti. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini