InvestKL sasar syarikat unicorn asing - Utusan Malaysia

InvestKL sasar syarikat unicorn asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jun – InvestKL menyasarkan lebih banyak syarikat unicorn asing membuka hab operasi di ibu negara dalam usahanya meningkatkan momentum pertumbuhan pelaburan baharu bernilai tinggi di ban­dar raya Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Ekse­kutif InvestKL, Datuk Zainal Amanshah (gam­bar) berkata, ba­nyak syarikat global telah membuka hab perkhidmatan serantau, menyediakan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi dan pada masa yang sama menyokong transformasi Malaysia ke arah menjadi ekonomi yang menumpukan kepada perkhidmatan bernilai tinggi.

Katanya, ekonomi Malaysia yang stabil dengan peraturan yang fleksibel, menarik dan mesra perniagaan telah memikat minat ba­nyak syarikat multinasional global untuk membuka hab di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kehadiran syarikat unicorn juga akan menambah nilai Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan kerana kini MNC turut cenderung bekerjasama dengan syarikat yang memiliki pertumbuhan tinggi dalam ekosistem tempatan.

“InvestKL akan terus fokus kepada pelaburan perkhidmatan dan MNC, bahkan kini kita juga mahu menyasarkan syarikat yang memiliki pertumbuhan tinggi seperti syarikat unicorn asing supaya mereka mempertimbangkan Kuala Lumpur sebagai hub dan beroperasi di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Zainal berkata, syarikat unicorn merupakan syarikat baharu yang mempunyai kadar pertumbuhan perniagaan yang tinggi, khususnya dalam sektor perkhidmatan dan menjadi perhatian pemodal teroka.

Antara syarikat unicorn terkemuka di dunia termasuklah SoCar, Lyft, Grab, Airbnb dan LinkedIn.

Dalam pada itu Zainal berkata, beliau yakin InvestKL yakin dapat menarik 100 MNC Fortune 500 dan The Forbes Global 2000 untuk mewujudkan ibu pejabat serantau di Greater Kuala Lumpur menjelang 2020.

Beliau berkata, berdasarkan Laporan Prestasi 2018 sebanyak 78 buah MNC telah mendirikan ibu pejabat serantau di negara ini sejak 2011 dengan nilai pelaburan komited dan diluluskan sebanyak RM11.7 bilion serta menghasilkan 11,693 pekerjaan serantau berkemahiran tinggi.

“Untuk tahun lalu sahaja InvestKL telah berjaya menarik 12 buah syarikat MNC dengan nilai pelaburan komited dan diluluskan berjumlah RM2.3 bilion.

“Tahun ini kami menyasarkan untuk menarik 13 buah syarikat lagi bagi mencapai sasaran 2020,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini