Indonesia hantar sampah ke AS sebanyak lima kontena - Utusan Malaysia

Indonesia hantar sampah ke AS sebanyak lima kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 15 Jun – Selepas Filipina dan Malaysia, Indonesia menjadi negara Asia Tenggara yang seterusnya menghantar balik sampah sarap yang diletakkan di negara ini ke negara asal.

Detik News melaporkan, Indonesia menghantar sebanyak lima kontena sampah sarap ke Amerika Syarikat semalam.

Setiausaha Jabatan Pengelolaan Sampah, Bahan Buangan, Bahan Beracun dan Berbahaya, Sayid Muhadhar berkata, kesemua sampah tersebut dihantar ke AS menerusi kerjasama antara Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan dan Jabatan Kastam dan Cukai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua lima kontena berisi sampah itu dihantar semula ke AS di Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya, Jawa Timur.

“Kerja-kerja pemunggahan sampah ke dalam kontena sudah bermula sejak 13 Jun lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini