Ibu kota sesak, Bangi Sentral lengang - Utusan Malaysia

Ibu kota sesak, Bangi Sentral lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARI ini genap masuk hari ketujuh Syawal dan rata-rata warga kota sudah mula bertugas, manakala premis perniagaan pula beroperasi seperti kebiasaannya.

Jalan-jalan utama sekitar ibu kota hari ini juga kembali sesak dengan kenderaan apabila cuti sempena Aidlfitri sudahpun tamat. Musim cuti sekolah bersempena sambutan perayaan itu juga sudah tamat semalam.

Tinjauan Utusan Online di sekitar ibu kota mendapati premis-premis agensi kerajaan terutamanya Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kembali dipenuhi orang ramai hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun lain pula yang berlaku di kawasan perdagangan Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi apabila tinjauan Utusan Online mendapati kawasan yang sebelum Aidilfitri sangat sibuk dan dipenuhi orang ramai tetapi kini agak lengang.

Rata-rata peniaga di sekitar kawasan itu masih belum beroperasi sepenuhnya dengan kebanyakan kedai jualan pakaian, tudung dan restoran-restoran tumpuan semasa bulan Ramadan masih lagi ditutup.

Bangi Sentral merupakan pusat komersial yang menjadi tumpuan khususnya warga kota untuk membeli-belah bagi menyambut kedatangan 1 Syawal. Kebiasannya golongan wanita merupakan pengunjung utama untuk mencari kepelbagaian fesyen pakaian, tudung dan aksesori.

Populariti Bangi Sentral turut mendorong pengusaha pelbagai jenama tempatan untuk menjadikan lokasi komersial itu sebagai ibu pejabat dengan dianggarkan lebih 100 pengusaha fesyen tempatan menjalankan perniagaan di kawasan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini