Ibu bapa dua kanak-kanak mangsa dera sedang dikenal pasti - Utusan Malaysia

Ibu bapa dua kanak-kanak mangsa dera sedang dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis masih mengenal pasti kedua-dua ibu bapa kanak-kanak yang diselamatkan semalam selepas didera sejak beberapa tahun lalu oleh sebuah keluarga di Jalan PBP 1/2, Pusat Bandar Puchong, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kedua kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di hospital

“Semua masih dalam siasatan. Kedua mereka juga berada di bawah pemerhatian pegawai perubatan dan berada di hospital,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, akhbar melaporkan, derita dua kanak-kanak yang didera sejak bertahun-tahun berakhir apabila tiga pelaku nya ditahan semalam.

Penahanan itu dibuat susulan pihak polis menerima aduan daripada orang awam berhubung penderaan dua beradik lelaki dan perempuan berusia 7 dan 8 tahun terbabit kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Hasil siasatan awal mendapati dua mangsa terbabit tinggal bersama keluarga tersebut sejak tujuh tahun lalu selepas kedua ibu bapa mereka bercerai.

Kanak-kanak malang itu ditemukan dalam keadaan hampir seluruh badannya mempunyai kesan dera selain dipercayai mengalami kurang zat badan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini