Ibu anggota polis maut kemalangan - Utusan Malaysia

Ibu anggota polis maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ibu kepada anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya maut manakala lapan orang cedera di dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 4, Jalan Sungai Tua menghala ke Ulu Yam hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang melibatkan dua buah kenderaan apabila kereta jenis Toyota Unser milik mangsa dilanggar dari bahagian hadapan oleh kenderaan jenis Toyota Camry yang datang dari arah bertentangan dan merempuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mangsa berumur 63 tahun meninggal di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Toyota Camry pula mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu Toyota Unser terbabit mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lima penumpang lain mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki, tangan dan juga pinggang.

“Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Bak Phai, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini