KUALA LUMPUR – I-Berhad masih mempertimbangkan pelaburan hartanah besar dalam tempoh lima tahun akan datang berikutan sasaran untuk mewujudkan satu portfolio hartanah pelaburan RM1 bilion.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan I-Bhd., Tan Sri Lim Kim Hong berkata, sebahagian daripada program itu adalah pusat konvensyen kedua serta DoubleTree by Hilton hotel, kedua-dua sedang dalam pembinaan.
“Kumpulan juga merancang untuk menaik taraf dan menempatkan semula banyak tunggangan dan tarikan taman tema untuk menarik pelawat baharu juga untuk membebaskan tanah bagi pembangunan hartanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.
Memuatkan artikel berkaitan…











