Hilang selepas terjun sungai Ganges, seorang pelaku lagak ngeri dikhuatiri maut - Utusan Malaysia

Hilang selepas terjun sungai Ganges, seorang pelaku lagak ngeri dikhuatiri maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DELHI – Seorang pelaku lagak ngeri dikhuatiri maut selepas melakukan aksi berbahaya dengan terjun ke dasar sungai Ganges sambil tangannya diikat, dekat sini, semalam. Chanchal Lahiri atau lebih dikenali sebagai Wizard Madrake melakukan aksi tersebut di hadapan keluarga, pengamal media dan polis. Polis yang memulakan operasi pencarian selepas lelaki berusia 40 tahun itu tidak menimbulkan dirinya gagal mengesan keberadaan Lahiri. Operasi mencari lelaki tersebut kini masih lagi diteruskan. Lahiri sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan melakukan aksi serupa di sungai yang sama sekitar 2013.- AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN