Hentikan spekulasi penahanan Jho Low - Utusan Malaysia

Hentikan spekulasi penahanan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi berhubung penahanan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Beliau menegaskan, perkara berkenaan hanya akan mengganggu siasatan polis.

“Saya enggan mengulas isu ini. Apa yang penting kami telah tahu lokasi Jho Low jadi bersabar dan bagi kami masa,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kempen Balik Kampung Pp Selamat 15 di Plaza Tol Gombak arah timur, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Abdul Hamid yakin dapat membawa Jho Low pulang dalam masa terdekat sekali gus memberi jaminan keselamatan ahli perniagaan itu bagi menjalani proses perundangan di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai petunjuk baharu mengenai keberadaan Jho Low. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini