Helikopter TNI terputus hubungan di Papua - Utusan Malaysia

Helikopter TNI terputus hubungan di Papua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAYAPURA 28 Jun – Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilaporkan terputus hubungan selepas lima minit berlepas dari Lapangan terbang Oksibil di wilayah Papua hari ini.

Detik News melaporkan, helikopter tersebut berlepas dari Oksibil dan menuju ke Lapangan Terbang Sentani di sini.

Helikopter tersebut dilaporkan terputus hubungan pada pukul 11.49 pagi waktu tempatan pada ketinggian 7,800 kaki di udara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga kini, masih tiada laporan terkini berhubung helikopter berkenaan.

Helikopter tersebut membawa seramai 12 penumpang termasuk tujuh anak kapal dan lima anggota TNI. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini