JAKARTA – Sebuah helikopter tentera Indonesia membawa 12 penumpang terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara beberapa minit selepas ia berlepas hari ini. Menurut pihak berkuasa, helikopter jenis Mi-17 itu sedang dalam perjalanan dari kawasan paling timur di wilayah Oksibil ke Sentani, Papua. Semua penumpang di dalam pesawat tersebut merupakan anggota tentera dan helikopter itu membawa bekalan logistik, kata jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi. Ia berlepas pada pukul 11.44 pagi…










