Hazard tidak rebut jersi No. 10 - Utusan Malaysia

Hazard tidak rebut jersi No. 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Eden Hazard enggan menjadikan nombor jersi dan tanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti sebagai isu utama sebaik sahaja sah menjadi pemain baharu Real Madrid.

Penghijrahan pemain skuad antarabangsa Belgium itu dengan nilai £150 juta (RM792.1 juta) telah menamatkan spekulasinya ketika beraksi bersama Chelsea sebelum ini.

Sebaik sahaja tiba di Santiago Bernabeu, Hazard mengakui enggan bersaing untuk mendapatkan jersi nombor 10 pasukan ekoran angka itu merupakan nombor rasmi buat Luka Modric.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah berbual dengan Modric melalui Kovacic sebelum ini dan dalam nada berjenaka dia meminta saya menggunakan nombor lain di Madrid.

“Modric memberitahu supaya saya mencari nombor lain kerana angka 10 secara rasmi telah menjadi miliknya.

“Pada saya, isu berkenaan nombor bukan topik utama kerana apa yang lebih penting adalah untuk menyarung jersi dan demi lencana Real Madrid,” kata Hazard.

Pada masa sama, Hazard juga mengakui tidak akan bergelut untuk menjadi pemain yang akan mengambil sepakan penalti ekoran Madrid sudah mempunyai ramai pemain sedia ada menggalas peranan tersebut.

“Saya datang ke sini sebagai pemain baharu selepas menghabiskan tujuh tahun di Stamford Brigde, jadi sudah pasti saya mahu menyumbang segala-galanya bersama Real.

“Berkenaan sepakan penalti, saya merasakan kapten pasukan, Sergio Ramos lebih berhak menggalas pe-ranan tersebut bersama skuad kendalian Zinedine Zidane,” katanya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini