Hazard mahu jadi ‘Galactico’ - Utusan Malaysia

Hazard mahu jadi ‘Galactico’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Eden Hazard menyuarakan keinginannya untuk menjadi seorang ‘Galactico’ di Real Madrid dan percaya dia menyertai kelab itu pada detik terpenting dalam kariernya.

Bintang Belgium itu, diperkenalkan di depan 50,000 penyokong di Santiago Bernabeu selepas pemergian Hazard dari Chelsea yang sudah sekian lama dinantikan kelab itu, minggu lalu.

“Saya bukan seorang Galactico, belum lagi, tetapi saya harap saya akan menjadi sedemikian satu hari nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biarpun apa yang saya lakukan pada masa lalu, ia bagaikan bermula dari kosong semula. Saya bukan Galactico, saya Eden Hazard, hanya seorang pemain yang sangat bagus,” kata Hazard dalam satu sidang media.

Madrid akan membayar pendahuluan 100 juta euro (RM470 juta) kepada Chelsea untuk Hazard dan kemungkinan tambahan 45 juta euro (RM211.5 juta) kepada pemain berusia 28 tahun itu yang menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab baharunya.

Hazard mengakui Madrid ada membuat bidaan untuknya selepas Piala Dunia tahun lalu tetapi menegaskan ini adalah masa terbaik untuk dia meninggalkan Chelsea.

“Saya tidak fikir ia sudah terlewat, saya berusia 28 tahun, saat terbaik untuk seorang pemain.

“Saya menempuh pelbagai fasa dalam karier saya, di Lille dan Chelsea dan kini saya fikir masanya tepat untuk menyertai kelab terbaik dunia,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini