Hari ke-8 Op Selamat 15 : 133 kes kemalangan maut dicatatkan - Utusan Malaysia

Hari ke-8 Op Selamat 15 : 133 kes kemalangan maut dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Angka kemalangan maut terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 133 kes dilaporkan dalam tempoh lapan hari Op Selamat ke-15 bermula pada 29 Mei lalu sehingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 19 kes kematian dicatatkan menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini adalah 140 orang.

Ujarnya, Selangor terus mencatatkan jumlah korban paling ramai iaitu 22 orang diikuti Johor (19); Kedah (14) dan Perak (12).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, di Kelantan, Sabah Dan Pahang mencatat masing-masing 10 kematian, Seremban (8); Penang dan Terengganu (5); Perlis dan Melaka (4) manakala dua di Kuala Lumpur.

“Sepanjang tempoh lapan hari ini juga, sebanyak 182,755 saman telah dikeluarkan menerusi 2,385 operasi yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asmawati memberitahu, sebanyak 334 kes pecah rumah dan premis dilaporkan di seluruh negara dengan 210 kejadian melibatkan kediaman.

Terdahulu, sebanyak enam kesalahan utama ditumpukan PDRM sepanjang Op Selamat 15 bermula 29 Mei lalu sehingga 12 Jun depan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan sebelum ini, enam kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini