Hari ke-10 Op Selamat : Kemalangan maut terus meningkat - Utusan Malaysia

Hari ke-10 Op Selamat : Kemalangan maut terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Op Selamat 15 yang memasuki hari ke 10 semalam merekodkan kes kemalangan maut terus meningkat apabila 164 kejadian dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh ini.

Daripada jumlah ini, sebanyak lapan kes lagi dicatatkan berbanding hari sebelumnya apabila 16 kemalangan maut direkodkan dengan jumlah keseluruhan 156 kes.


Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 17 kematian dicatatkan menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini adalah 176 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…


Ujarnya, Selangor terus mencatatkan jumlah korban paling ramai iaitu 28 orang diikuti Johor (22) ; Perak (18) ; Kedah (16) dan Sabah (14)


“Selain itu, di Pahang mencatatkan 12 kematian diikuti Sarawak (11), Kelantan (10) Terengganu dan Negeri Sembilan (masing-masing lapan) Pulau Pinang (enam) Kuala Lumpur serta Johor (masing-masing empat) manakala tiga di Perlis.


“Sepanjang tempoh 10 hari ini juga, sebanyak 217,683 saman telah dikeluarkan menerusi 2,902 operasi yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Asmawati memberitahu, sebanyak 441 kes pecah rumah dan premis dilaporkan di seluruh negara dengan 283 kejadian melibatkan kediaman.


Terdahulu, sebanyak enam kesalahan utama ditumpukan PDRM sepanjang Op Selamat 15 bermula 29 Mei lalu sehingga 12 Jun depan.


Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan sebelum ini, enam kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini