KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memulakan siasatan berkenaan harga tinggi simen dikeluarkan oleh CMS Cement Sdn. Bhd. (CMS) yang merupakan monopoli dalam pengeluaran simen di Sarawak. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, kementeriannya dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bekerjasama dalam menjalankan penilaian terhadap pasaran simen di Malaysia. Katanya, penilaian tersebut juga telah memberi gambaran kesuluruhan industri secara holistik dan analisis struktur…










