MELAKA – Dianggarkan hanya 10 peratus usahawan di negeri ini yang berminat melibatkan diri dalam bidang pertanian walaupun potensinya sangat besar bagi tempoh jangka panjang. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, kekurangan penglibatan usahawan dalam bidang itu terutamanya usahawan muda disebabkan kekangan untuk memiliki tanah atau kawasan luas bagi memajukan sesuatu projek pertanian. Menurutnya, walaupun ramai yang berminat untuk menceburi bidang…










