JERANTUT – Seorang guru wanita berusia 34 tahun di sini kerugian RM60,781 selepas diperdaya ejen pelancongan yang menawarkan pakej percutian tidak wujud. Guru tersebut juga terpaksa menanggung kos perjalanan dan penginapan melibatkan 19 orang kenalannya ketika bercuti di Jepun sejurus menyedari telah tertipu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mengenali suspek lelaki pada awal tahun lalu menerusi kumpulan sembang WhatsApp ‘Geng Buru Tiket…










