KUALA LUMPUR – Orang ramai disarankan untuk menggunakan bekalan air secara berhemat dan tidak membazir bagi mengelakkan gangguan dan tekanan rendah pada cuti perayaan Aidilfitri yang bermula Rabu ini. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, gangguan bekalan air sering berlaku di kawasan luar bandar apabila warga kota pulang ke kampung untuk menyambut hari raya. “Keadaan ini akan menyebabkan permintaan bekalan air di kawasan luar bandar meningkat mendadak…










