KUALA LUMPUR – Bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas berikutan operasi henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih hampir pulih sehingga 96 peratus setakat pukul 6 pagi ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata segala usaha telah diambil bagi meningkatkan tekanan dan aliran di sistem agihan bagi mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan kawasan terjejas. “Setakat…










